Langkau ke kandungan utama

New Zealand Travel ~ Part 2 (Christchurch, Lake Tekapo, Glentanner Park)

Day 1

Keesokan harinya, kami pergi memulakan hari kami dengan mengambil campervan kami di 6 Export Avenue, Syarikat Happy Campers. Perjalanan lebih kurang 15minit je. Tapi tambang taxi kami kesana lebih kurang NZD 45 (RM132.75). Kopak duit mak oii.. Saya cadangkan korang survey dan terus tempeh online pasal campervan/caravan ni. So, xyah nak pikir time smpi sane.

Mcm nie la Campervan kami, ade katil, cooking equipment, ngn fridge
Modify daripada Toyota Estima sebenarnye

Sebelum kitorang memulakan perjalanan, kitorang pon blanje mknn2 yang boleh dimakan semasa perjalanan nanti.. Kiotrang pon membeli belah di Countdown shopping mall yang berada di tengah2 christchurch town. Kedai nie dibuka dari 10am smpi 7pm.. kat sini mcm2 ade, macam Tesco.. Brg2 pon boleh thn murah klu nak compare ngn barang2 kite (Gune currency NZD ye...hahaha)

Nie la die shopping mall Countdown...

Destinasi pertama kami ialah Christchurch Botanic Garden. Kawasan ini di buka daripada 7am-9pm. Nak masuk free je. Untuk ke sana, anda boleh berjalan kaki, menaiki kenderaan, ataupun menaiki tram (Tiket boleh dibeli di tramway station ataupon beli online sebelum anda pergi ke NZ). Saya pilih untuk berjalan kaki sebab nak menikmati pemandangan yang cantik dan cuaca sejuk di Christchurch. Botanic Garden ni penuh dengan pelbagai bunga yang cantik dan harum. Sapa2 yang gi nak honeymoon dan isteri minat Bunga tue, boleh la bawak sini. Kat situ pon ade tempat menjual hadiah2. Kalau untuk orang2 yang ade masalah sakit lutu ke, korang boleh naik caterpillar train tuk pusing2 kat Botanic garden nie. Beso giler wei garden nie, jgn maen2.. hahaha

 Inilah Chriscthurch Botanic Garden

 Banyak munge2



Pokok unik, batang sebijik macam pokok plastik. Klu xcaye, korang gi tengok

Nie kalau korang nak pusing2 botanic garden...

Lepas itu, kami pergi ke Chrischurch Gondola yang hanya 30minit daripada Botanic Garden. Pemandangan kat sana memang cantik. SubhanaAllah… Boleh la duduk2 amek gambar, beli hadiah kat sane. Banyak juga barang2 murah kat sane. Kalau korang nak beli tiket dengan harga murah, diorang pon sediakan combo untuk tempat nie  (Christchurch Gondola, Tram, Caterpillar train dan Putting the avon- naik sampan keliling botanic garden). Untuk booking combo, anda boleh terus melawati laman web ini.. Welcome Aboard Christchurch 

 Tinggi wooo tempat die...

 SubhanaAllah, betape cantik tempatnye. Klu korang tengok live, lagi cantik dowh..

 Kabel gondola

 Munge2 lagi.. Biase la, mat n minah buinga la katekan...

Pemandangan Bandar Christchurch dari atas gunung...

 Punting the avon.. Cantik wooo pusing2 bandar siap ade orang tolong bawak lagi...

 Munge2..

 Munge2 lagii....

 Munge lagi, dan lagi.... haha

 Bergaye sikit depan christchurch botanic Garden

Tue la Historic Tram... Die pusing2 keliling christchurch...

Kemudian, kami pon mengorak langkah ke Lake Tekapo. Kami bertolak pukul 2pm dari Christchurch. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3jam. Bagi saya, walaupon perjalanan jauh,korang tidak akan rase mengantok kerana pemandangan yang sangat indah sepnjang perjalanan. Di Lake Tekapo, sekali lagi kitorang teruja dengan pemandangan yang sgt, sgt, sgt indah… SubhanaAllah… Kami pon tumpang sembahyang disini sebentar sambil menikmati pemandangan. Kat sini ada Church of the god sheppard (Church pertama la dibuat kat sini), Sheepdog statue, dan paling penting sebenarnye, kami nk tgk bunga lupin. Hahaha, xabes2 bunga..

 Bunga Lupinnnn....

 Lupin lagiii... cantik Ya Allah pemandangan die...

 Suke sgt ngan munge2... wekkk

 Dari sebelum pegi teringin sgt nak solat sini... berlatar belakangkan pemandangan yg sgt cantik
SubhanaAllah

Church of Good Sheppard...

Kami di Lake Tekapo lebih kurang 2jam dan bertolak ke Glentanner Park (11km dari Mount cook) pada pukul 8mlm. Perjalanan mengambil masa 11/2 jam. Apa yang best disini, masa siangnye agak panjang, dari pukul 6pagi hingga 930mlm. Di Glentanner, diorang menyediakan pelbagai servis untuk camping site, cabin, dan bermacam-macam kemudahan awam. Even public shower pon ade. Kat sini kene book awal sebelum tido, tapi, kalau terlambat booking,korang boleh tido lu, esok jumpe receptionist cakap tido situ.. nanti la byr.. haaha


 Inilah facilities die.. soriii, xdpt amek gmbr betul..

Cantuik juga pemandangan die.. berlatar belakangkan Mount Cook...
Selimut betul2 ye, temperature smpi 6'c, berais cermin kete kitorang

Next Post bercerita perjalanan di Queenstown - New Zealand Travel ~ Part 3 (Mount Cook, Lake Pukaki, Queenstown)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Short Trip to Mukah

Assalammualaikum.. Hello.. Ni Hao ma.. Pejam celik, pejam celik, sudah masuk 10 hari kite melalui tahun 2016. Semoga impian dan objektif pada 2015 semua tercapai. Alhamdulillah.. Hari ini,sudah masuk hari ke 23 hari kami bekerja di Hospital Kanowit. Alhamdulillah, walaupon di sini serba kekurangan dari pelbagai aspek, namun kami sangat menyukai tempat ini. Rakan sekerja yang sangat bekerjasama, pesakit – pesakit yang memahami pekerjaan kami, dan persekitaran yang tenang. Minggu ni, kami mengambil masa rehat weekend kami untuk menyertai road trip ke Mukah. Mukah ini merupakan salah sebuah daerah di Bahagian tengah Sarawak yang terletak lebih kurang 190km daripada Kanowit, 150km dari Sibu. Perjalan kami ke sana mengambil masa 2jam melalui jalan berturap. Kanowit ke Mukah Mukah, majoriti daripada penduduknya adalah Melanau dan melayu. My point of view, Mukah antara pekan yang boleh dikatakan membangun. Kebanyakan fasiliti di sini mencukupi. Orang tempatan kata, ini adalah tempat Me

10 Aktiviti - Aktiviti Menarik Di Krabi

Assalammulaikum para pembaca semua. Alhamdulillah akhirnya berpeluang untuk berkongsi dengan sahabat semua mengenai perjalanan kami ke Krabi baru – baru ini. Sebenarnya, perjalanan kami ke Krabi boleh dikatakan “sambil menyelam minum air” kerana saya dan isteri telah pergi ke Kuala Lumpur untuk menjalani peperiksaan kemasukkan master Opthalmology di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Alang-alang sudah sampai ke Kuala Lumpur, kami melanjutkan percutian kami ke Krabi. Percutian kami mengambil masa enam hari (16/08- 21/08). Seperti percutian kami sebelum ini, tema kami lebih kepada ‘leisure’ dan ‘medium budget’. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Krabi 1.        Island Hopping Krabi memang terkenal dengan kewujudan pulau – pulau yang indah. Antaranya Koh Lanta, Phi Phi Island, Poda Island, Chicken Island dan macam – macam lagi. Trip ke pulau- pulau tersebut boleh ditempah sebelum atau semasa di Krabi. Sahabat semua boleh mendapatkan pakej tersebut semasa di

Kota kinabalu and Kundasang Trip

Assalammualaikum semua.. Alhamdulillah diberi masa untuk update blog ini setelah sebulan dibiarkan. Almaklum, sebulan ni straight oncall pada hujung minggu. Nasib baik oncall ditemani isteri tercinta, kurang sikit resah, gelisah, dan beban kerja. Thank you sayang, muahh.. Kali ni, saya nak berkongsi dengan sahabat – sahabat semua pengalaman kami bercuti ke Kota Kinabalu baru – baru ini. Walaupun banyak aral melintang, banjir die Serian/Kuching, tiket flight cancel, dan isteri cantik sakit keyika percutian, Alhamdulillah kami dapat menikmati percutian dengan gembira dan selamat pergi dan pulang dengan selamat. Kami memulakan percutian kami dengan menaiki AirAsia dari Kuching International Airport. Sebenarnya, plan kami ingin menaiki Rayani Air, saja mahu berubah angin. Tetapi apakan daya, flight kami telah cancel 2 hari sebelum tarikh percutian kami. Nasib baik dalam masa yang singkat , kami dapat membeli tiket promo AA, lebih kurang RM290/2person. Kami sampai ke Kota Kinabalu lebih