Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2016

Kota kinabalu and Kundasang Trip

Assalammualaikum semua.. Alhamdulillah diberi masa untuk update blog ini setelah sebulan dibiarkan. Almaklum, sebulan ni straight oncall pada hujung minggu. Nasib baik oncall ditemani isteri tercinta, kurang sikit resah, gelisah, dan beban kerja. Thank you sayang, muahh.. Kali ni, saya nak berkongsi dengan sahabat – sahabat semua pengalaman kami bercuti ke Kota Kinabalu baru – baru ini. Walaupun banyak aral melintang, banjir die Serian/Kuching, tiket flight cancel, dan isteri cantik sakit keyika percutian, Alhamdulillah kami dapat menikmati percutian dengan gembira dan selamat pergi dan pulang dengan selamat. Kami memulakan percutian kami dengan menaiki AirAsia dari Kuching International Airport. Sebenarnya, plan kami ingin menaiki Rayani Air, saja mahu berubah angin. Tetapi apakan daya, flight kami telah cancel 2 hari sebelum tarikh percutian kami. Nasib baik dalam masa yang singkat , kami dapat membeli tiket promo AA, lebih kurang RM290/2person. Kami sampai ke Kota Kinabalu lebih