Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Tips travel

11 Tips Menyimpan untuk Melancong

11 Tips Menyimpan Bajet untuk Travel 1. Solat 5 waktu dan solat sunat Ini adalah perkara pertama dan yang paling penting kene jaga bagi orang-orang muslim yang selalu travel. Solat-solat sunat seperti solat dhuha haruslah dipertingkan, InshaAllah Allah membuka pintu rezeki kita dan mempermudahkan jalan hidup kita sebagai Khalifah di muka bumi ini. Semasa tempoh kita melnancong ke luar negara, buat persiapan dan cubaa mempelajari adab-adab semasa di luar negara, tempat-tempat mudah untuk solat tanpa menyinggung orang lain yang berbeza agama. Ini untuk peringatan diri sendiri dan kawan -kawan yang lain. Solat dan berdoa agar di buka pintu rezeki 2. Menyimpan RM 10/hari Konsep menyimpan serba sedikit amatlah baik bagi membantu anda menyimpan budjet untuk melancong ke luar negara. Kenapa saya memilih RM10/hari? Bagi saya RM 10 ini tidak membebankan saya dalam proses penyimpanan. Biasalah, sebagai seorang ketua keluarga, kene pikir keluarga, isteri, anak-anak, dan hal lain....