Langkau ke kandungan utama

Short Trip to Mukah

Assalammualaikum.. Hello.. Ni Hao ma.. Pejam celik, pejam celik, sudah masuk 10 hari kite melalui tahun 2016. Semoga impian dan objektif pada 2015 semua tercapai. Alhamdulillah.. Hari ini,sudah masuk hari ke 23 hari kami bekerja di Hospital Kanowit. Alhamdulillah, walaupon di sini serba kekurangan dari pelbagai aspek, namun kami sangat menyukai tempat ini. Rakan sekerja yang sangat bekerjasama, pesakit – pesakit yang memahami pekerjaan kami, dan persekitaran yang tenang. Minggu ni, kami mengambil masa rehat weekend kami untuk menyertai road trip ke Mukah. Mukah ini merupakan salah sebuah daerah di Bahagian tengah Sarawak yang terletak lebih kurang 190km daripada Kanowit, 150km dari Sibu. Perjalan kami ke sana mengambil masa 2jam melalui jalan berturap.


Kanowit ke Mukah
Mukah, majoriti daripada penduduknya adalah Melanau dan melayu. My point of view, Mukah antara pekan yang boleh dikatakan membangun. Kebanyakan fasiliti di sini mencukupi. Orang tempatan kata, ini adalah tempat Menteri Besar Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud.



Kami stay di Hotel Kingwood Resort yang berada berhadapan Laut China Selatan yang terbentang luas. Tapi, korang janganlah expect tempat ni macam Pulau Redang ke, Pulau Perhentian pulak ye. Pemandangan di sini biasa sahaja. Harga hotel ini agak mahal, RM160. mungkin sebab kami tidak booking awal atau tidak melalui applications macam Agoda atau Trivago. Hotel – hotel lain ada beberapa buah, tapi kebanyakan di tengah – tengah pekan.

Kingwood Resort Hotel

Pemandangan Laut China Selatan dari view bilik kam

Ruang bilik yang luas dan tersusun rapi




Antara yang menarik di Mukah ini adalah makanan seafood. Agak murah lah untuk korang menikmati makanan – makanan laut di sini. Antara tempat – tempat yang korang boleh cuba di JS Seafood restaurant berada di pekan  dan kedai – kedai deretan di tepi sungai. Kedai – kedai ni berdekatan pasar Mukah dan arca udang besar. Harga sangat berpatutan.



Arca Udang beesebelahan Pasar Besar Mukah

Kalau korang nak merasa lebih exclusive seafood, korang boleh pergi ke Riverside Mukah. Juga berdekatan dengan arca udang besar tadi. Tapi harga agak mahal. Ikan – ikan di kira mengikut gram, RM7-10/ gram. Tapi memang sedap.

Selfie bersama-sama rakan sekerja di Riverside Mukah

Selain itu, antara aktiviti menarik di Mukah adalah Pasar besar Mukah. Di sini , korang boleh membeli pelbagai ikan – ikan, sayur-sayuran, dan makanan paling hot di Mukah. ‘Umai’. Umai ni sebenarnya ikan yang di potong halus kemudian di rendam bersama – sama lemon atau kuah sambal. Lebih kurang macam sushi. Tapi memang sedap, makanan tradisi Melanau.

Jeti dan Pasar Mukah

Pasar besar Mukah

Timun kering - orang tempatan jadikan sebagai berus

Ulat sagu

Tebaloi, makanan orang Melanau. Daripada sagu

Keropok udang, tenggiri

Melanau hat

Udang besar2... 2kg RM40 je.

Umai - makanan tradisional Mukah

Bagi yang meminati makanan eksotik, korang boleh la mencuba ulat sagu... bluekkk



Malam di Mukah memang meriah. Di tengah pekan, mereka akan membuat jualan ala-ala pasar lambak/downtown. Memang ramai orang disana. Kalau korang nak mencuba suara, boleh la test siara karaoke kat kedai – kedai tu. Mini fun fair pon ada disini. Kami juga sempat untuk menonton Sarawak Idol di pasar lambak tersebut. Bukan main diorang ni, memang sangat bersosial.. haha


Masjid Setiaraja Mukah

Perjalanan kitorang ambil masa 2 hari 1 malam sahaja. Biasalah, kerja sebagai doktor ni, bukan senang untuk mendapat cuti. Namun nak berkhidmat demi masyarakat, kami kuatkan juga. InshaAllah, jika ada masa lagi, kami bercuti pula ke tempat – tempat lain dan meneruskan update kami. InshaAllah, next month ada plan untuk berjalan-jalan lagi. Jauh sikit je. Meh la teka nak kemana..

Ok bye ye kawan-kawan. Assalammualaikum.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

10 Aktiviti - Aktiviti Menarik Di Krabi

Assalammulaikum para pembaca semua. Alhamdulillah akhirnya berpeluang untuk berkongsi dengan sahabat semua mengenai perjalanan kami ke Krabi baru – baru ini. Sebenarnya, perjalanan kami ke Krabi boleh dikatakan “sambil menyelam minum air” kerana saya dan isteri telah pergi ke Kuala Lumpur untuk menjalani peperiksaan kemasukkan master Opthalmology di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Alang-alang sudah sampai ke Kuala Lumpur, kami melanjutkan percutian kami ke Krabi. Percutian kami mengambil masa enam hari (16/08- 21/08). Seperti percutian kami sebelum ini, tema kami lebih kepada ‘leisure’ dan ‘medium budget’. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Krabi 1.        Island Hopping Krabi memang terkenal dengan kewujudan pulau – pulau yang indah. Antaranya Koh Lanta, Phi Phi Island, Poda Island, Chicken Island dan macam – macam lagi. Trip ke pulau- pulau tersebut boleh ditempah sebelum atau semasa di Krabi. Sahabat semua boleh mendapatkan pakej tersebut semasa di

Kota kinabalu and Kundasang Trip

Assalammualaikum semua.. Alhamdulillah diberi masa untuk update blog ini setelah sebulan dibiarkan. Almaklum, sebulan ni straight oncall pada hujung minggu. Nasib baik oncall ditemani isteri tercinta, kurang sikit resah, gelisah, dan beban kerja. Thank you sayang, muahh.. Kali ni, saya nak berkongsi dengan sahabat – sahabat semua pengalaman kami bercuti ke Kota Kinabalu baru – baru ini. Walaupun banyak aral melintang, banjir die Serian/Kuching, tiket flight cancel, dan isteri cantik sakit keyika percutian, Alhamdulillah kami dapat menikmati percutian dengan gembira dan selamat pergi dan pulang dengan selamat. Kami memulakan percutian kami dengan menaiki AirAsia dari Kuching International Airport. Sebenarnya, plan kami ingin menaiki Rayani Air, saja mahu berubah angin. Tetapi apakan daya, flight kami telah cancel 2 hari sebelum tarikh percutian kami. Nasib baik dalam masa yang singkat , kami dapat membeli tiket promo AA, lebih kurang RM290/2person. Kami sampai ke Kota Kinabalu lebih