Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Vodafone

New Zealand Travel ~Part 1

Bismillahirahmannirrahim.. Bagi post pertama, kami nak berkongsi pengalaman semasa percutian kami di New Zealand. Percutian kami hanya mengambil masa selama 6 hari termasuk penerbangan. Kami dapat menghabiskan masa di bumi indah New Zealand selama 4 hari 3 malam. Kalau ikutkan hati, nak lama. Tapi apakan daya cuti yang tidak panjang.. sob, sob, sob… Kami telah menaiki Qantas Airway daripada Changi Airport. Kami menaiki Transtar coach dengan hanya dikenakan tambang RM10/person. Sebenarnya banyak lagi syarikat penerbangan yang menyediakan servis pernerbangan ke New Zealand, tapi kami memilih Qantas kerana tambang yang berpatutan dan kurangnye transit time. Jadual Pernebangan kami seperti dinyatakan di bawah. Untuk Pengetahuan, Perbezaan masa antara Sydney dengan Malaysai lebih kurang 3jam, 5jam jika di New Zeland. Jumlah masa penerbangan kami lebih kurang 11jam. Semasa di Sydney Australia, kami tidak dapat keluar daripada Airport kerana tidak memiliki tourist visa untuk kesana....