Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Projek Share

Projek Share 2016

Bermula pada satu malam di bulan ramadhan. Seorang sahabat saya di Hospital Sultan Ismail ditemukan dengan seorang mak cik di unit rawatan rapi, Hospital Sultan Ismail (HSI). Makcik tersebutt adalah salah satu staff yang bekerja sebagai pencuci di hospital kami. Semasa sahabat ini mahu bersahur, dia ditemukan dengan seorang mak cik yqng sedang berusaha mengumpulkan sisa-sisa makanan ke dalam bekas. Hal ini menimbulkan tanda tanya kepada sahabat ini, lantas bertanyakan kepada mak cik tersebut.  Sahabat : ‘ Makcik dah sahur ke? Berenti la dulu sahur sikit’. Makcik : ‘Mak cik dah sahur nak, makan 2keping biskut tadi.  Sahabat : ‘Cukup ke makcik? Meh la makan dulu. Nanti lepas sahur, buang la makanan tue nnt”. Makcik : ‘Xpe nak, makcik dah biase macam ni. Eh nak, nie bukan nak buang, makcik nak simpan tuk makanan berbuka nanti. Yang mane leh makan, makcik akan panaskan balik. Dengan GST yang ade skang, barang dapur yang mahal, terpaksa la makcik buat mcm nie. Gaji pon cukup2 ...