This portal for travel info sharing. Make the best travel experience and share it to others. I share, you share.
Cari Blog Ini
Marina Bay Sand Light & Water Show
Assalammualaikum N slmt petang kepada semua readers...Arinie saya cume nak throwback semasa trip kami ke Singapore... Anda semua msti pernah dengan Marina Bay sand kan... tempat nie memang tidak asing lagi dengan Singa Merlion yang menjadi one of the landmark kat Singapore...
Singa Merlion
Ia dikelilingi ngan shopping mall esplanade, casino dan macam-macam lagi... Pada siang hari, tempat ini nampak seperti biase n same seperti bandar-bandar lain seperti di tempat lain.. Tetapi waktu malam, disinilah tempat para pelancong datang untuk menikmati pemandangan lampu-lampu yang cantik.
Light and Water Show..
Esplanade Mall.. Design memang unik..
Ape yang kami mahu highlight disini adalah pertunjukan lampu dan air yang diadakan pada waktu malam.. Pertunjukan lampu ini sentiasa di adakan pada pukul 8 hingga 930malam... Dan pada jumaat dan sabtu, pertunjukan akan di adakan sekali lagi pada pukul 11malam... Bagi traveller yang pernah sampai di Dubai, anda mungkin tidak asing lagi dengan pertunjukan ini... korang boleh tengok Dubai light and water show kat youtube..
Pertunjukan ini mengambil masa 15minit je sebenarnye.. tapi korang mesti sangat teruja kerana arrangement dan bunyinya sangat kene dan menarik.. Kalau korang nak tau, inilah light and water show paling besar di Asia tenggara.. Ia dibina oleh Light vision Mega Media Ltd... kalau korang ingin view yang jelas semasa show, saya sarankan korang pergi ke Merlion park untuk tengok.. memang cantik and awesome.. ok guys sampai disini sahaja.. enjoy the video...
Assalammualaikum.. Hello.. Ni Hao ma.. Pejam celik, pejam celik, sudah masuk 10 hari kite melalui tahun 2016. Semoga impian dan objektif pada 2015 semua tercapai. Alhamdulillah.. Hari ini,sudah masuk hari ke 23 hari kami bekerja di Hospital Kanowit. Alhamdulillah, walaupon di sini serba kekurangan dari pelbagai aspek, namun kami sangat menyukai tempat ini. Rakan sekerja yang sangat bekerjasama, pesakit – pesakit yang memahami pekerjaan kami, dan persekitaran yang tenang. Minggu ni, kami mengambil masa rehat weekend kami untuk menyertai road trip ke Mukah. Mukah ini merupakan salah sebuah daerah di Bahagian tengah Sarawak yang terletak lebih kurang 190km daripada Kanowit, 150km dari Sibu. Perjalan kami ke sana mengambil masa 2jam melalui jalan berturap. Kanowit ke Mukah Mukah, majoriti daripada penduduknya adalah Melanau dan melayu. My point of view, Mukah antara pekan yang boleh dikatakan membangun. Kebanyakan fasiliti di sini mencukupi. Orang tempatan kata, ini adalah tempat Me
Assalammulaikum para pembaca semua. Alhamdulillah akhirnya berpeluang untuk berkongsi dengan sahabat semua mengenai perjalanan kami ke Krabi baru – baru ini. Sebenarnya, perjalanan kami ke Krabi boleh dikatakan “sambil menyelam minum air” kerana saya dan isteri telah pergi ke Kuala Lumpur untuk menjalani peperiksaan kemasukkan master Opthalmology di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Alang-alang sudah sampai ke Kuala Lumpur, kami melanjutkan percutian kami ke Krabi. Percutian kami mengambil masa enam hari (16/08- 21/08). Seperti percutian kami sebelum ini, tema kami lebih kepada ‘leisure’ dan ‘medium budget’. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Krabi 1. Island Hopping Krabi memang terkenal dengan kewujudan pulau – pulau yang indah. Antaranya Koh Lanta, Phi Phi Island, Poda Island, Chicken Island dan macam – macam lagi. Trip ke pulau- pulau tersebut boleh ditempah sebelum atau semasa di Krabi. Sahabat semua boleh mendapatkan pakej tersebut semasa di
Assalammualaikum semua.. Alhamdulillah diberi masa untuk update blog ini setelah sebulan dibiarkan. Almaklum, sebulan ni straight oncall pada hujung minggu. Nasib baik oncall ditemani isteri tercinta, kurang sikit resah, gelisah, dan beban kerja. Thank you sayang, muahh.. Kali ni, saya nak berkongsi dengan sahabat – sahabat semua pengalaman kami bercuti ke Kota Kinabalu baru – baru ini. Walaupun banyak aral melintang, banjir die Serian/Kuching, tiket flight cancel, dan isteri cantik sakit keyika percutian, Alhamdulillah kami dapat menikmati percutian dengan gembira dan selamat pergi dan pulang dengan selamat. Kami memulakan percutian kami dengan menaiki AirAsia dari Kuching International Airport. Sebenarnya, plan kami ingin menaiki Rayani Air, saja mahu berubah angin. Tetapi apakan daya, flight kami telah cancel 2 hari sebelum tarikh percutian kami. Nasib baik dalam masa yang singkat , kami dapat membeli tiket promo AA, lebih kurang RM290/2person. Kami sampai ke Kota Kinabalu lebih
Ulasan
Catat Ulasan