Sorry guys, ase dah lame pulak tak post kat blog nie.. minggu nie busy sikit uruskan hal-hal transfer ke sarawak.. for your information, kami suami isteri telah dihantar ke kanowit, bahagian Sibu.. Pekan Kanowit ini berada lebih kurang 60km daripada bandar sibu, dan lebih kurang 200km daripada Kuching... perjalanan mengambil masa 5jam jika memandu dari Kuching, dan hanya 45 minit menaiki kapal terbang... antara syarikat kapal terbang yang menyediakan penerbangan ke sibu (daripada Kuching) adalah MAS Wing dan Air Asia... Saya cadangkan korang naeklah Air Asia kerana MAS Wing banyak cancel...
Semasa di Kuching, kami sempat pusing-pusing di bandar Kuching... semasa di Kuching, kami menginap di 3 buah hotel... hehehe saje berubah-ubah arah n nak compare hotel disana.. 1st kami book hotel di Abell Hotel... Agak selesa disini, tetapi pemandangan tidaklah begitu cantik... korang boleh book dengan harga murah melalui website
Agoda, RM140...
Semasa di Kuching, kami sempat menaiki bot-bot catar yang menyediakan perkhidmatan menyeberangi sungai Rajang.. di seberang, korang boleh mengunjungi beberapa kedai ikan masin dan kek lapis Sarawak... Kami sempat membeli beberapa kek lapis sarawak di Kedai Kek Lapis Sarawak Dayang Salhah. Harga agak berpatutan jika dibandingkan harga di semenanjung... Range harga dalam RM10-30/pack... kitorang memang sarankan korang beli kat sini sebab sedap dan murah... penjual pon mesra dengan pelanggan...
|
Di depan Dewan Undangan Negeri Sarawak |
|
Kek Lapis Dayang salhah.. boleh try lagi beb, sebab tue ramai dtg.... |
|
Gambar kami semasa mencatar bot menyeberangi Sungai Rajang |
Bagi sesiapa yang tidak pernah menjejakkan diri kesini, Bandar Kuching nie penuh dengan shopping complex... The Spring, One City Megamall, Boulevard, Merdeka Plaza dan macam-macam lagi... Yang paling baru dibina adalah Viva City.. Bagi yang ingin mengunjungi dalam masa terdekat, kitorang x rekemen korang gi Viva city nie... Shopping nie baru buka lam seminggu, banyak lagi yang belum siap... parking susah, jam pulak tue mase nak masuk n kuar...
Kitorang nk highlight stu kedai makan hipster di The Spring, namenye H.I.P.. Disini menjual makanan-makanan western yang sedap giler... Harga agak mahal, tapi kalau korang beli yang combo of mixed dishes, memang berbaloi..
|
Gambar kami semasa di H.I.P bersama adik ipar dan kawan setugas |
Selepas itu, kami menginap di place2stay airport. Disini sangat sesuai bagi kawan2 yang mahu mendapatkan servis hotel yang murah dan ok la untuk penempatan bajet... place2stay terdapat beberapa cawangan disekitar Kuching... Untuk membuat tempahan, anda boleh membuat tempahan di agoda ataupon datang sahaja di kaunter hotel mereka.
Kami sempat berjalan- jalan ke Damai Gold Country club di Santubong... Pemandangan disini memang cantik, lebih kurang same cam Moeraki Boulders la.. hahaha
|
Nak jugak selfie alala jiwangnye.. haha |
Pada asalnya, kami akan bertolak ke Sibu menaiki MAS Wing pada 15/12, tetapi disebabkan cuaca yang sangat teruk, penerbangan kami telah dibatalkan dan ditangguhkan ke esokkan harinya... Alhamdulillah, walaupon flight cancel, kami diberi pengangkutan dan hotel percuma... Kami diberi double room kat Hotel Grand Continental... Servis disini memang terbaek... Bilik pon cantik... kalau korang book, rate hotel ni lebih kurang RM200/night.
|
Ni bilik Grand Continental Kuching... cantik kan.. Kat sini korang boleh berkenalan dengan bellboy yg baek giler, Robert... haha |
|
|
Pemandangan luar Hotel |
Kami terbang ke Sibu pada keesokkan harinya, 1120am...Alhamdulillah, cuaca agak baik sehingga kami sampai di Sibu airport..
|
nie la MAS Wing.. seramkan.. ak mmg seram tgk kpl trbg kipas luo nie.. haha |
Di Sibu, kami menempah bilik suites di Hotel Premier... Untuk pengetahuan korang, walaupon luaran hotel ni nmpl lame n susah cari parking, tapi bilik die sangat la cantik, spacious, dan pemandangan sekeliling pon boleh tahan...Kami menempah hotel ni dengan harga RM235/night daripada Agoda (supposely RM330/night)... Seriously puas hati, walaupon hotel nie 3 bintang, ak tetap bagi 5 bintang... hahaha..
|
cantik kan suite premier hotel.. |
Namun, keseronokan tidaklah berpanjangan, kerana kami terpaksa pergi ke Hospital Kanowit kerana melapor diri disana... Kami mohon jasa readers sume, mendoakan agar dipermudahkan urusan kami di Kanowit ya... ok guys, sampai sini saje post kali ini.. kalau ade information, saya post lagi ye...
Ulasan
Catat Ulasan