Langkau ke kandungan utama

11 Tips Menyimpan untuk Melancong

11 Tips Menyimpan Bajet untuk Travel

1. Solat 5 waktu dan solat sunat
Ini adalah perkara pertama dan yang paling penting kene jaga bagi orang-orang muslim yang selalu travel. Solat-solat sunat seperti solat dhuha haruslah dipertingkan, InshaAllah Allah membuka pintu rezeki kita dan mempermudahkan jalan hidup kita sebagai Khalifah di muka bumi ini. Semasa tempoh kita melnancong ke luar negara, buat persiapan dan cubaa mempelajari adab-adab semasa di luar negara, tempat-tempat mudah untuk solat tanpa menyinggung orang lain yang berbeza agama. Ini untuk peringatan diri sendiri dan kawan -kawan yang lain.

Solat dan berdoa agar di buka pintu rezeki


2. Menyimpan RM 10/hari
Konsep menyimpan serba sedikit amatlah baik bagi membantu anda menyimpan budjet untuk melancong ke luar negara. Kenapa saya memilih RM10/hari? Bagi saya RM 10 ini tidak membebankan saya dalam proses penyimpanan. Biasalah, sebagai seorang ketua keluarga, kene pikir keluarga, isteri, anak-anak, dan hal lain. Cukup sebulan, dah dapat kumpul RM300, setahun dan RM3600. Boleh dah support air and ground transfer pergi Perth/Melbourne/India. Kalau korang dah berkahwin, boleh ajak isteri sekali menyimpan. Dah berganda wang simpanan anda. Betul x? Hehe

3. Join main undi/kutu duit
Ini satu lagi cara untuk anda semua menyimpan. Bagi saya , konsep ini sangat sesuai di gunakan dalam komuniti yang ramai, seperti bbekerja di sekolah, hospital, dan tempat kerajaan awam yang lain. Contohnya, satu nama RM100. Korang masuk 5 nama untuk undi. Jumlah orang yang join ada 20 orang. So, korang boleh menyimpan RM10000 dalam 20bulan. Senang kan. Basmgusnya konsep ni, korang boleh menyimpan dengan komited dan korang boleh tentukan bila korang nak guna duit tersebut. Rasa – rasa mahu melancong dalam bulan 10, cubalah kautim ngn kepala undi untuk minta wang undi dalam bulan 7,8, atau 9. So, korang sempat untuk membeli segala tiket penerbangan dan perbelanjaan semasa melancong.

4. Melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Saya rasa, konsep pelaburan ini sememangnya sudah ramai yang meggunakannya. Manakan tidak, dividen ASB yang besar dapat membantu anda dalam membuat bajet melancong ke luar negara. Namun, saya cadangkan korang simpan dulu duit-duit dividen itu dulu, biar duit-duit tu beranak lam akaun bank. Bila dah banyak, baru gunakan. Biasa lah, kita ni pekerja kerajaan sahaja, nak join saham – saham yang berisiko tidak ada modal dan tidak berani pula. So, dengan menggunakan dividen collection ni lebih baik bagi yang kekurangan modal. Orang kata, konsep ‘ Compounding Profit’ gituw.



5. Menambah side income
Sekarang ni, macam-macam cara orang nak dapatkan side income. Ada yang juala tudung la, jual baju, jual kek, dan macam – macam lagi. Ikut lah kreativiti anda semua macam mana. Ada juga yang membuka company kecil-kecilan untuk rental car, atau pon homestay. Kalau anda duduk dekat-dekat kawasan perlancongan, universiti, dan airport, amat sesuai untuk jana side income. Sewa je kereta atau homestay, dah boleh jana side income. Kereta sekarang at least RM100/day. Dapat lam 10 hari, dah seribu, lepas sudah bayaran bulanan.

 
Konsep perniagaan Online

6. Melancong sambil berbisnes
Ini lagi satu cara yang kreatif untuk menjana pendapatan anda untuk melancong. Sebelum korang gi melancong tu, korang survey2 la apa2 barang yang rare kat temlat korang pergi. Lepas tue bukak order kat kawan-kawan sekerja, blog follower ke, instagram, atau facebook. Amek untung sikit daripada pembelian korang. INGAT, nak untung punya pasal, jangan melampaui batas pulak ye.
At least dapat cover balik kos-kos perbelanjaan korang semasa melancong.

Korea syurga membeli belah - Namdaemun Market

7. Membuat persediaan/belajar sebelum melancong
Studi kawasan yang kirang mahu pergi. Jangan main semeberono je nak gi melancong tu. Cuba cari pengangkutan – pengangkutan alternatif yang lebih murah dan convenience. Tapi jangan terlalu berjimat sampai menyusahkan diri pula. Contohnya seperti di Seoul, banyak pengangkutan awam yang boleeh digunakan dan murah compare menggunakan kereta sendiri. Penerbangan-penerbangan domestik yang murah. Studu betul-betul ye kawan, saya jamin, anda dapat kurang 10-25% perbelanjaan anda jika membuat perancangan yang rapi.

8. Buat kerja lebih masa
Ini pon dapat membantu anda menyimpan untuk melancong. Saya kurang menyarankan anda membuat konsep ini. Hal ini kerana, kita pon ada komitmen lain, jangan terlalu komited untuk menyimpan, tapi lupa dengan tanggungjawab sebenar korang. Baru-baru ini, ada pendedahan seorang gadis 24 tahun yang berjaya membeli rumah besar dan kereta Subaru. Dia hanya menggunakan duit gaji basic sahaja untuk menyara hidup, semua wang overtime dia simpan dalam bank. Ikut korang nak ikut yang mana, as long as korang semua happy dan tidak terlalu membebankan kehidupan korang dan pasangan masing-masing, itu sudah cukup bagus... hehe

Bagi kami, buat locum kat klnk private jela...

 
9. Menjadi tourist guide
Konsep ini, orang kata menyelam sambil minum air. Kenapa saya berkata sebegitu, korang dapat jalan-jalan sambil menjana wang pendapatan. Kan bagus tue. Tapi cara ni hanya valid bagi orang yang duduk berdekatan dengan kawasan perlancongan atau airport sahaja la ye.. yang duduk tempat xbest, xyah berangan. Haha

10. Join unit trust
Sekarang sudah banyak unit-unit trust yang dibuka di Malaysia. Ada CIMB, Maybank, Bank Islam dan macam-macam lagi. Unit trust lebih kyurang saham yang kurang berisiko. So, korang boleh join dengan memasukkan lump sum duit kedalam unit trust, menggunakan konsep pemotongan gaji mengikut kelayakan ataupon menggunakan wang KWSP. Biasanya unit trust ni dijalankan oleh agen yang dipertanggungjawabkan oleh bank. Tapi sebelum korang join unit trust, bagi orang – orang muslim, buatlah studi dahulu berkenaan unit trust tersebut. Takut-takut tidak mengikut syariah islamiah pulak.



11. Simpan dalam bentuk emas
Cara ini lebih kepada jangka masa panjang. Korang beli la emas time harga sedang rendah, lepas tu cuba manipulasi semasa harga emas tinggi di pejabat pajak gadai ArRahnu. Yang ni, korang boleh tengok melalui website youtube ini, nak cerita susah pula. Korang jangan ingat pergi kedai pajak gadai ni orang-orang miskin dan desperate je tau. Kene pandai cari alternatif dalam menyimpan, bukan tertumpu pada satu cara sahaja. Cuba memperbanyakan cara supaya tidak membebankan. Cara manipulasi emas di ArRahnu
 

Namun, dengan ekonomi Malaysia yang tidak memberangsangkan, korang jangan lupa juga untuk menyimpan untuk simpanan masa hadapan. Ingat, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudia tidak berguna. Ada beberapa pakar ekonomi berkata, bagus untuk menyimpan dalam bentuk matawang asing yang lebih kukuh, so dapat tukar duit dengan lebih jika matawang tersebut stabil. Sekian, Assalammualaikum.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Short Trip to Mukah

Assalammualaikum.. Hello.. Ni Hao ma.. Pejam celik, pejam celik, sudah masuk 10 hari kite melalui tahun 2016. Semoga impian dan objektif pada 2015 semua tercapai. Alhamdulillah.. Hari ini,sudah masuk hari ke 23 hari kami bekerja di Hospital Kanowit. Alhamdulillah, walaupon di sini serba kekurangan dari pelbagai aspek, namun kami sangat menyukai tempat ini. Rakan sekerja yang sangat bekerjasama, pesakit – pesakit yang memahami pekerjaan kami, dan persekitaran yang tenang. Minggu ni, kami mengambil masa rehat weekend kami untuk menyertai road trip ke Mukah. Mukah ini merupakan salah sebuah daerah di Bahagian tengah Sarawak yang terletak lebih kurang 190km daripada Kanowit, 150km dari Sibu. Perjalan kami ke sana mengambil masa 2jam melalui jalan berturap. Kanowit ke Mukah Mukah, majoriti daripada penduduknya adalah Melanau dan melayu. My point of view, Mukah antara pekan yang boleh dikatakan membangun. Kebanyakan fasiliti di sini mencukupi. Orang tempatan kata, ini adalah tempat Me

10 Aktiviti - Aktiviti Menarik Di Krabi

Assalammulaikum para pembaca semua. Alhamdulillah akhirnya berpeluang untuk berkongsi dengan sahabat semua mengenai perjalanan kami ke Krabi baru – baru ini. Sebenarnya, perjalanan kami ke Krabi boleh dikatakan “sambil menyelam minum air” kerana saya dan isteri telah pergi ke Kuala Lumpur untuk menjalani peperiksaan kemasukkan master Opthalmology di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Alang-alang sudah sampai ke Kuala Lumpur, kami melanjutkan percutian kami ke Krabi. Percutian kami mengambil masa enam hari (16/08- 21/08). Seperti percutian kami sebelum ini, tema kami lebih kepada ‘leisure’ dan ‘medium budget’. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Krabi 1.        Island Hopping Krabi memang terkenal dengan kewujudan pulau – pulau yang indah. Antaranya Koh Lanta, Phi Phi Island, Poda Island, Chicken Island dan macam – macam lagi. Trip ke pulau- pulau tersebut boleh ditempah sebelum atau semasa di Krabi. Sahabat semua boleh mendapatkan pakej tersebut semasa di

Kota kinabalu and Kundasang Trip

Assalammualaikum semua.. Alhamdulillah diberi masa untuk update blog ini setelah sebulan dibiarkan. Almaklum, sebulan ni straight oncall pada hujung minggu. Nasib baik oncall ditemani isteri tercinta, kurang sikit resah, gelisah, dan beban kerja. Thank you sayang, muahh.. Kali ni, saya nak berkongsi dengan sahabat – sahabat semua pengalaman kami bercuti ke Kota Kinabalu baru – baru ini. Walaupun banyak aral melintang, banjir die Serian/Kuching, tiket flight cancel, dan isteri cantik sakit keyika percutian, Alhamdulillah kami dapat menikmati percutian dengan gembira dan selamat pergi dan pulang dengan selamat. Kami memulakan percutian kami dengan menaiki AirAsia dari Kuching International Airport. Sebenarnya, plan kami ingin menaiki Rayani Air, saja mahu berubah angin. Tetapi apakan daya, flight kami telah cancel 2 hari sebelum tarikh percutian kami. Nasib baik dalam masa yang singkat , kami dapat membeli tiket promo AA, lebih kurang RM290/2person. Kami sampai ke Kota Kinabalu lebih