Langkau ke kandungan utama

Brunei Escape



Assalammualaikum. Alhamdulillah hari ini dapat meluangkan masa untuk update blog kami ini. Pejam celik, sudah hari ke – 24 kita berpuasa. Arinie saya nak kongsikan sedikit trip kami dari sibu – Bintulu – Miri – Brunei melalui jalan darat. Percutian kami mengambil masa 5 hari, dan sejauh 1600km pergi dan balik. Perjalanan agak baik dan tidak sesak walaupon kami memilih untuk berjalan ketika Hari Gawai (meriahnya tue kira macam hari raya bagi umat Islam sambutannya). Saya namekan trip kali ini, TRIP ACAH - ACAH. Kalau nak tau kenapa, teruskan membaca. Haha

Perjalanan mengambil masa 2jam setengah untuk sampai ke Bintulu dari bandar Sibu. Di sana, kami hanya singgah sarapan di kedai mamak tepi jalan. FYI, kedai mamak nie punyalah susah nak cari kat Sarawak. So, bantai roti canai la. Kami meneruskan perjalanan kami ke Miri yang mengambil masa lebih kurang 2jam setengah lagi. Bandar Miri, merupakan bandar kedua terbesar di Sarawak. Orang kata, nightlife kat sini lagi hidup sebab banyak pekerja2 asing di sini.

Saya senaraikan beberapa tempat yang menarik di Miri.

Sunset View di Luak Bay Esplanade - 7KM daripada Pusat Bandar Miri

Tusan Cliff Beach - Acah - Acah Tunnel Beach, NZ (40KM daripada Bandar Miri)

Tanjung Lubang - Acah - Acah Nami Island (haha, pokok x tersusun sangat)
Canada Hill - Pemandangan cantik ketika malam dan matahari terbenam [Disini juga terdapat Petroleum Museum]

Banyak lagi tempat – tempat yang menarik yang boleh dilawati. Bagi penggemar jungle trekking dan nature, Sarawak merupakan syurga bagi trekkers di luar. Ada Mulu National Reserve Park, Niah National Park, Loagan Bunut dan macam – macam. Tetapi, kami nie jenis memanaskan bangku je time keje, so, paham – paham aje la ye.. hehe

Selepas dua hari di Miri, kami meneruskan perjalanan kami ke Brunei. Negara Islam yang aman dan tenang suasananya. Jarak antara kastam Brunei dengan hotel kami hanyalah 10km. Tetapi untuk sampai ke Bandar Seri Begawan mengambil masa 1jam setengah, kerana ia berada betul2 di hujung U ( Brunei bentuknya seakan-akan U). Untuk memasuki Brunei korang kena sediakan BD3 dan korang kena dapatkan pas kereta semasa memasuki kawasan kastam. Kawasan kastam mereka tidaklah seketat Singapore. Mereka semua rilek2 belaka.

Setelah sampai di Brunei, saya pon singgah di Sultan Mosque Brunei yang berada di tengah2 bandar Seri Begawan. Saya plan untuk menunaikan solat jumaat di situ, disamping itu ingin melihat dengan mata kasar, Sultan Brunei di sana. Tetapi malangnya, dia tiada disana, hanya kerabat Sultan Brunei sahaja yang ada kerana Sultan bersembahnyang di tempat lain kerana urusan. Punah harapan.. hahaha

Kami check in hotel di Easybox Budget Hotel yang berada lebih kurang 7km daripada kawasan bandar. Bukan saja pilih hotel jauh, Cuma tue je yang paling murah. Lebih kurang RM100/night. Hotel tersebut bersebelahan dengan Centre point dan berhampiran dengan salah satu masjid cantik di Brunei, iaitu Masjid jamee’Asr Hassanil Bolqiah. Serius cantik. Perjalanan kami di Brunei ibarat melancong di Istanbul, menikmati kecantikan masjid2 mereka.

Sultan Omar Ali Saifudin Mosque - Megah di tengah Bandar Seri Begawan

Kecantikan arcithechture yang amat dikagumi

Acah - acah Masjid Itaewon - Sultan Omar Ali Saifudin Mosque


Acah - Acah Blue Mosque - Adela blue nye [Masjid Jamee'Asr Hassanil Bolqiah]





Sudah sampai ke Brunei, jangan lupa singgah di Kaizen Sushi Restaurant. Terdapat dua cawangan Kaizen, satu berada berhadapan Kampung Ayer dan satu lagi berdekatan dengan Masjid Jamee’Asr Hassanil Bolqiah. Sushi yang dihidangkan memang sedap, segar dan unik. Cuma kalau nak pegi sana, make sure duit cukup ya. Dan sila buat tempahan, sebab memang sentiasa penuh. Nasib kami sampai awal, jadi, dapat juhga merasa sushi yang sedap. Cerita pasal duit, punyalah kami sakan makan sushi, tak sangka belanja lebih kurang BD 70 bersamaan RM 210. Lepas bayar, kami baru perasan duit tinggal BD 1.50. Gelabah nak bayar duit parking. Nasib abang jaga parking sangat baik dan sporting, dia beri kami keluar dengan bayaran BD 1.50 walaupon sepatutnya BD 8. Salute warga Brunei.

Abang belanja gambar kat Kedai Sushi Kaizen... haha

The Venice of East - Kampung Ayer Brunei [ Perkhidmatan Boat boleh didapati disini dalam lingkungan BD 7-30]

Tungku Beach

The Mercu Dirgahayu, Bandar Seri Begawan, Brunei

Kami berada di Brunei selama sehari sahaja. Tidak banyak tempat yang boleh kami pergi ketika itu, kerana hari Sabtu. Kebanyakan tempat seperti Royal Regalia Museum tutup. Kami pon terus menuju ke Bintulu untuk melengkapkan perjalanan ACAH-ACAH kami. Perjalanan mengambil masa 6jam menuju ke Bintulu. Di Bintulu, kami lebih mengambil masa untuk berehat berbanding jalan-jalan. Memandangkan lusa kami bekerja dan menyambut puasa bulan ramadhan. Pada trip akan datang, kami akan bercerita serba sedikit berkenaan Bintulu.


Last Sekali, Acah - acah Gyeongbokgung Palace [Hahaha] Jade Dragon Temple di Sibu, Sarawak

So, semua sudah tahu kenapa trip kali ini dipanggil TRIP ACAH-ACAH. Sebenarnya banyak tempat yang kita boleh lawati dalam Malaysia terutama sekali bumi Borneo. Cantik atau tidak suatu pemandangan itu, bergantung kepada individu masing-masing. Jangan lah sampai teringin sangat untik melancong ke luar negara, sedangkan negara sendiri pon belum habis diteroka. Bak kata pepatah, hujan emas emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri. Kadang - Kadang kita tidak perasan kecantikan atau keistimewaan sesuatu benda yang berdekatan dengan kita. Baiklah, setakat ini sahaja bagi yang ingin itinerary trip kali ini, boleh pm ye. Saya harap, sedikit sebanyak dapat membantu kawan - kawan yang ingin berjalan di Borneo. Assalammualaikum.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Short Trip to Mukah

Assalammualaikum.. Hello.. Ni Hao ma.. Pejam celik, pejam celik, sudah masuk 10 hari kite melalui tahun 2016. Semoga impian dan objektif pada 2015 semua tercapai. Alhamdulillah.. Hari ini,sudah masuk hari ke 23 hari kami bekerja di Hospital Kanowit. Alhamdulillah, walaupon di sini serba kekurangan dari pelbagai aspek, namun kami sangat menyukai tempat ini. Rakan sekerja yang sangat bekerjasama, pesakit – pesakit yang memahami pekerjaan kami, dan persekitaran yang tenang. Minggu ni, kami mengambil masa rehat weekend kami untuk menyertai road trip ke Mukah. Mukah ini merupakan salah sebuah daerah di Bahagian tengah Sarawak yang terletak lebih kurang 190km daripada Kanowit, 150km dari Sibu. Perjalan kami ke sana mengambil masa 2jam melalui jalan berturap. Kanowit ke Mukah Mukah, majoriti daripada penduduknya adalah Melanau dan melayu. My point of view, Mukah antara pekan yang boleh dikatakan membangun. Kebanyakan fasiliti di sini mencukupi. Orang tempatan kata, ini adalah tempat Me

10 Aktiviti - Aktiviti Menarik Di Krabi

Assalammulaikum para pembaca semua. Alhamdulillah akhirnya berpeluang untuk berkongsi dengan sahabat semua mengenai perjalanan kami ke Krabi baru – baru ini. Sebenarnya, perjalanan kami ke Krabi boleh dikatakan “sambil menyelam minum air” kerana saya dan isteri telah pergi ke Kuala Lumpur untuk menjalani peperiksaan kemasukkan master Opthalmology di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Alang-alang sudah sampai ke Kuala Lumpur, kami melanjutkan percutian kami ke Krabi. Percutian kami mengambil masa enam hari (16/08- 21/08). Seperti percutian kami sebelum ini, tema kami lebih kepada ‘leisure’ dan ‘medium budget’. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Krabi 1.        Island Hopping Krabi memang terkenal dengan kewujudan pulau – pulau yang indah. Antaranya Koh Lanta, Phi Phi Island, Poda Island, Chicken Island dan macam – macam lagi. Trip ke pulau- pulau tersebut boleh ditempah sebelum atau semasa di Krabi. Sahabat semua boleh mendapatkan pakej tersebut semasa di

Kota kinabalu and Kundasang Trip

Assalammualaikum semua.. Alhamdulillah diberi masa untuk update blog ini setelah sebulan dibiarkan. Almaklum, sebulan ni straight oncall pada hujung minggu. Nasib baik oncall ditemani isteri tercinta, kurang sikit resah, gelisah, dan beban kerja. Thank you sayang, muahh.. Kali ni, saya nak berkongsi dengan sahabat – sahabat semua pengalaman kami bercuti ke Kota Kinabalu baru – baru ini. Walaupun banyak aral melintang, banjir die Serian/Kuching, tiket flight cancel, dan isteri cantik sakit keyika percutian, Alhamdulillah kami dapat menikmati percutian dengan gembira dan selamat pergi dan pulang dengan selamat. Kami memulakan percutian kami dengan menaiki AirAsia dari Kuching International Airport. Sebenarnya, plan kami ingin menaiki Rayani Air, saja mahu berubah angin. Tetapi apakan daya, flight kami telah cancel 2 hari sebelum tarikh percutian kami. Nasib baik dalam masa yang singkat , kami dapat membeli tiket promo AA, lebih kurang RM290/2person. Kami sampai ke Kota Kinabalu lebih