Assalammualaikum semua…
Pada post kali ini, saya ingin berkongsi sedikit perjalanan kami semasa di New Zealand bulan November tahun lepas. Sememangnya ramai orang Malaysia pergi ke New Zealand kerana tertarik dengan pemandangannya yang sangat cantik. Apa yang menarik dalam trip kali ini, kami hanya memerlukan 5 hari (memang sangat sekejap) untuk menjelajah lebih dari setengah muka bumi South New Zealand. Sempat kami berbual dengan seorang pemandu teksi di Christchurch, dia sangat terkejut bila mendengar kami hanya bercuti selama 5 hair di sana. Untuk makluman saudara/dari, ini percubaan pertama kami melancong ke luar Negara.
Kami mengambil masa 5 hari untuk
menjelajah sejauh 1400km. Memang boleh kata ‘Touch N Go’ la trip kami kali ini.
Tetapi bagi pekerja kesihatan seperti kami ini, untuk mengambil cuti yang
panjang memang amat payah. So, terpaksalah pergi dalam jangkamasa yang singkat,
lagi2 time tue masih dalam tempoh housemanship. Namun, perjalanan yang singkat
itu, kami sangat teruja (SubhanAllah) dengan pemandangan yang sangat cantik, udara
yang bersih dan kebaikan masyarakat di sana yang menyambut pelancong seperti
kami.
List tempat yang kami jelajah
1.
Christchurch
a.
Southwark Appartment
b.
Botanic Garden
c.
Tram
d.
Gondola
2.
Lake Tekapo
a.
Menikmati pemandangan N Lupin’s lover
b.
Church of God Shepperd
3.
Lake Pukaki
a.
Peter’s Lookout
4.
Mount Cook
a.
Glentanner Park
b.
Pemandangan Mount cook
5.
Lake Wanaka
a.
Wanaka Lonely Tree
b.
Playing with Birds
6.
Queenstown
a.
Skyline Luge
b.
Gondola
c.
Kiwi Birdlife Park
d.
Lake Wakatipu
e.
Glenorchy
7.
Dunedin
a.
University of Otago
b.
Dunedin Art Gallery
c.
Official New Zealand Rugby Shop
d.
Tunnel Beach
e.
Botanic Garden
f.
Dunedin Chinese Garden
8.
Moeraki Boulders
Tips melancong ke New Zealand
bersendirian/keluarga tanpa menggunakan travel agency
1.
Rajin2 kan diri tengok Youtube berkenaan road
tips semasa di New Zealand. Peraturan2 lebih kurang je dengan Malaysia, tetapi
orang2 New Zealand sangat mematuhi peraturan dan had laju. Paling penting cara2
melalui roundabout kerana mereka sangat patuh dengan lorong dan lampu signal.
Jangan tersilap lorong atau lampu, silap2 boleh accident.
2.
Merancang perjalanan anda sebelum sampai disana.
Hal ini kerana, setiap tempat di South Island sangat jauh dan boleh mengambil
masa 1-3jam setiap tempat. Jangan sampai terlajak masa dalam jadual anda. Rehat
dan tidur secukupnya untuk mengelakkan tertidur semasa memandu
3.
Pergi bersama-sama keluarga supaya bajet dapat
dikurangkan. Sebab sewa motorhome boleh dikatakan mahal. Tapi korang jangan
risau, holiday park di NZ sangat berpatutan dan ada yang free.
4.
Download applications yang dapat membantu
perjalanan anda disana
a.
Campermate
b.
Camping NZ
c.
Waze
5.
Study general fact di New Zealand supaya anda
senang adapt dengan perjalan anda. Ini antara website yang banyak membantu kami
a.
100% pure New Zealand
b.
Rode code New Zealand
c.
Map New Zealand
d.
Tripadvisor
e.
Official website setiap Bandar
6.
Ambil pamphlet2 di Airport. Memang banyak
membantu untuk anda mencari Holiday park bagi menempatkan motorhome anda. Yang
menarik di NZ, anda boleh masuk dahulu, dan bayar keesokkan harinya.
7.
Beli kad phone Vodafone semasa di sana.
Reception sangat bagus even korang kat hutan2 pon.
8.
Cari Rental car yang berpatutan dan bersesuaian
dengan tema perjalanan anda. Jika ramai, lebih sesuai menyewa motorhome dan
anda boleh tidur di mana2 Holiday park. Ini pon boleh menjimatkan bajet anda.
9.
Belanja di Countdown Supermarket bagi makanan
anda semasa di sana. Banyak barang – barang yang murah di sana seperti roti,
sup, kekacang, Maggie. Anda boleh membeli barang2 dengan harga serendah NZD1.
10.
Membeli tiket secara combo berbanding beli
secara berasingan. Contohnya semasa kami di Christchurch, kami membeli tiket
combo (Tramway, Gondola). Ada juga campur Boat riding and caterpillar garden
tour, tapi kami lebih berminat pusing2 jalan kaki je.
11.
Biasakan dengan lorong sehala di jalan utama, pastikan
anda tahu sape yang patut jalan dahulu.
12.
Beli kopi New Zealand semasa dalam perjalanan.
Harga lebih kurang NZD 5-6 setiap satu. Tapi memang sedap dan boleh mengelak
mengantok.
13.
Berhenti di mana-mana lookout di tepi jalan
kalau korang mengantuk. Ambil masa menghirup udara nyaman dan menikmati
pemandangan cantik. Memang berkesan bagi mengelakkan mengantuk.
14.
Gunakan public shower di sebelah kiri lorong
Mount Cook kalau korang nak menggunakan unlimited hot shower. Seriously, memang
jadi. Hehehe
15.
Kalau korang terpikir nak beli Jersey Rugby kat
sini, boleh lupakan. Sebab lagi mahal dari kat Malaysia. Kami Cuma beli bola
rugby dan neck tie Rugby NZ je.
16.
Make sure korang kosongkan kad kredit semasa di
sana. Mostly di sana pakai kad kredit. Tapi ada je menggunakan cash, kalau
korang nak cepat, prefer card la.
Nie antara gambar - gambar kami semasa di New Zealand - Link
Terima kasih...perkongsian yang sangat bermanfaat bagi mereka yang akan ke sana..
BalasPadam