Assalammulaikum para pembaca semua. Alhamdulillah akhirnya berpeluang untuk berkongsi dengan sahabat semua mengenai perjalanan kami ke Krabi baru – baru ini. Sebenarnya, perjalanan kami ke Krabi boleh dikatakan “sambil menyelam minum air” kerana saya dan isteri telah pergi ke Kuala Lumpur untuk menjalani peperiksaan kemasukkan master Opthalmology di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Alang-alang sudah sampai ke Kuala Lumpur, kami melanjutkan percutian kami ke Krabi. Percutian kami mengambil masa enam hari (16/08- 21/08). Seperti percutian kami sebelum ini, tema kami lebih kepada ‘leisure’ dan ‘medium budget’. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Krabi 1. Island Hopping Krabi memang terkenal dengan kewujudan pulau – pulau yang indah. Antaranya Koh Lanta, Phi Phi Island, Poda Island, Chicken Island dan macam – macam lagi. Trip ke pulau- pulau tersebut boleh ditempah sebelum atau semasa di Krabi. Sahabat semua boleh mendapatkan pakej tersebut semasa di
This portal for travel info sharing. Make the best travel experience and share it to others. I share, you share.